Sejak berlakunya peperangan di antara Ukraine-Rusia, sejumlah perkhidmatan dan perisian tidak boleh diakses lagi oleh pengguna di Russia ketika ini. Ini termasuklah platform sosial media seperti Instagram, Facebook dan seumpamanya sekaligus menyukarkan pengguna untuk berhubung dengan kenalan mereka.

Sehubungan itu, usahawan teknologi Rusia bersedia untuk melancarkan sebuah aplikasi perkongsian gambar untuk kegunaan umum selepas Instagram disekat pihak berkuasa pada minggu ini. Perkhidmatan baharu itu yang dikenali sebagai Rossgram bakal dilancarkan pada 28 Mac ini dan mempunyai fungsi lain seperti crowdfunding serta akses berbayar beberapa kandungan.

Sumber Gambar: Rossgram

Menurut gambar yang dikongsi oleh Zobov di Vkontakte, skema warna dan susun atur Rossgram turut akan mempunyai persamaan yang kuat dengan Instagram. Bagaimanapun, pihak Meta masih belum memberi respon terhadap reka bentuk Rossgram tersebut setakat ini.

Pihak pembangun juga telah menyatakan mahu mengambil peluang keemasan ini untuk mencipta sebuah rangkaian sosial popular yang akan menjadi pilihan ramai. Pengawal selia komunikasi, Roskomnadzor menyekat akses kepada Instagram mulai Isnin selepas platform Meta membenarkan pengguna media sosial di Ukraine menyiarkan mesej negatif kepada Rusia.

Selain itu, kerajaan Rusia juga bercadang untuk membenarkan rakyatnya mencetak rompak perisian akibat daripada sekatan teknologi.

Ekoran Sekatan Teknologi, Rusia Mungkin Benarkan Rakyat Guna Perisian Cetak Rompak

Nilai Bitcoin Susut 7% Selepas Rusia Lancarkan Serangan Terhadap Ukraine